Nabihah Ahmad: February 2014








NABIHAH A
nabihahj0urnal.bs.my



FOLLOW DASHBOARD

Thursday 27 February 2014

SCHOOL[!]


Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum w.b.t

Hye. Hello. Annyeong. Sebelum tu tolong jawab salam dekat starting post ni dulu ye. Okay, bismillahirahmanirrahim.

Start je bulan 2, dah start sibuk. Nasib baik tak botak kepala. Folio, latihan, nota, segala jenis homework lah~ JUJUR. Memang penat. Petang pulak ada kawad. Sabtu training taekwondo. Aishhh. Semalam pun baru sudah exam. Result kali ni, alhamdulillah. At least boleh buat parents gembira okay lah tu. Senang kata, tak rugi aku baca buku. Haha! Lol. Risau paper bi dengan geo sekarang ni.

Hari ni pun. Mood kejap okay, kejap tak okay. Kejap moody, kejap terlebih happy pulak. Punca? Haha. Ni aku tak tau nak jawab. Pagi datang sekolah perut rasa kosong macam nak pengsan even dah sarapan. Time PS, fed up. Buat catan memang tak pernahnya nak perfect. Tengok cikgu ajar dekat depan, bandingkan hasil sendiri rasa macam nak buang je kertas lukisan tu. Tapi aku masih waras. Walaupun selalunya aku buat satu kerja berulang kali. Family aku pun dah naik masak dengan perangai aku tu.

Arif duduk depan nad pulak time PS tu. Cakap warna pakai berus periuk lah itulah, inilah. Nak tackle Nad cakap jelah. Bak kata Jai dengan Mierul, semua perempuan dia nak. Itu aku akui. Cakap tak henti sama macam Fazry. Lagi-lagi masa BI. Aduyai --' Haish. Sekali aku sumbat dengan berus periuk mama aku baru tau. Bukan berus periuk je, berus kaki sekali. Okay, part tu agak menggelikan. *censored*. Okay, malas nak cerita pasal Arif tu. Bored. :p

Time KH, pening kepala. Kayu pun tak spray cat lagi, acane nak paku apa semua. Nad pun terpaksa tukar design kerja kayu dia, nak tolong siapa? Again bored. Memang tak buat apa-apa ah time KH tu.

Aaaaaaaaaaaaaaaaaa
aaaaaaaaaaaaaaaaa
aaaaaaaaaaaa
aaaaaa!

---------Stop----------

Folio ada dua lagi belum siap. PBS sivik pun tak settle lagi. So, I need to go somewhereeee, buat homework. Till then, bye!

Saturday 22 February 2014

Walk-in-Daiso #2


Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum w.b.t

Annyeong. Update again. Last post for this 2 weeks since next week ada exam. Hukhuk. T_T

Semalam round-round JB. Tujuan utama family aku actually nak pergi Bukit Layang-Layang, untuk? Tengok layang-layanglah, takkan berenang pulak.-.- Tak tahu pun dekat mana tapi search guna gps je. Boleh bertekak dengan papa sebab mula-mula aku tak bukak sound gps tu, jadi papa tak berapa percaya sangat. Part ni, lawak. Seriously >< Since tak pernah pergi kan, nak buat macam mana.

Okay, sampai destinasi, subhanallah! Tak terkata sesak dia walaupun time tu kalau tak silap dah dekat pukul 5. Batalkan niat nak tengok pesta layang-layang, menuju ke Aeon Bukit Indah. Papa dengan mama aku dah tau dah tujuan utama aku memang nak pergi situ. Kekeke. Bukan nak shopping apa, nak masuk Daiso je. Store lain semua yang berjenama and harga pun, faham-faham jelah. Gian sangat dari hari tu nak pergi Daiso. Bersyukur sangat ada ibu bapa yang sangat memahami. *sayang ketat2* lol.

Satu lagi masalah, kitorang (aku and family aku) tak tahu dekat mana bukit indah tu. -.-' Part ni, tak lawak. Disappointed. Berapa kali u-turn sebab aku salah bagi arahan. Guna gps tapi macam aku cakap tadi, aku tak turn on sound dia. Sincerely, ni baru first time aku guna gps sebab selalunya papa mahir bab highway semua ni. Okay, mama dah penat dah berapa kali u-turn. Last-last singgah Giant sat. Yang ni lawak. Masuk Giant guna toilet je. Tak pergi beli apa-apa pun.

Keluar dari Giant berusaha lagi nak pergi Aeon Bukit Indah sebab aku dah tarik muka dah time pergi Giant tu. Bukan marah papa ke, mama ke, tak! Time tu aku marah gila dengan diri aku sendiri. Hampir je nak tweet, "We couldn't go to Daiso because of my own dumbness". Second time ni, alhamdulillah okay je. Papa yang turn on sound gps tu last-last. Sampai dekat parking lot aeon tu, aku terpegun. Besar gila! Dalam perasaan terpegun tu dalam hati excited nak pergi Daiso. Lepas solat apa semua, shopping! Daiso dekat Aeon Bukit Indah tu tingkat 2 and satu lagi kebetulan, atau memang dekat mana-mana mall macam tu, Daiso berhadapan lagi dengan Popular. See my first post and impression about Daiso here.


There. Banyak gila barang aku beli! Sampai melepas nak pergi popular. Jimat duit woi. Kan aku dah cakap aku excited. Actually, tak semua barang aku tapi mostly yes. Yang aku letak arrow 'fav' tu faberet thing yang aku beli dekat Daiso. Label dekat barang tu tulis 'Mesh Bath Bag' tapi kalau diikutkan buat apa aku yang jarang duduk luar ni nak beli. Sebabnya aku nak guna untuk benda lain. Aku dah beli, ikut suka aku lah kan nak guna buat apa. Buat helmet pun okay. Tak lawak. Aku tahu. kkaebsong.

Travel case yang aku beli hari tu aku guna untuk simpan barang craft aku apa semua.
*cak, baaa*
In conclusion, buy something useful bukannya ikut kehendak je. 

Punya excited shopping semalam sampai 'lupa' janji nak ontweet around pukul 8-9 dengan wana. Sincerely, aku tak lupa. Tapi faham-faham jelah kan, dekat highway nak online, acane tu? Internet slow tahap gajah nak beranak! Jap, apakah perumpaan tu? Anyway, kesian wife d.o tu sampai pening kepala hadap laptop lama sangat tunggu aku ontweet. Mianhaeyo.

So then, bye! Wish me luck for next week exam!

Friday 21 February 2014

Wishlist #1 #2 #3


Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum w.b.t

Hye. Actually, dekat profile aku aku dah letak wishlist ni sejak berkurun lamanya. Wishlist dalam post ni kinda possible berbanding yang akan aku post lepas ni.

#1 Kawaii sneakers
Ommo~ Tengok gambar je dah buat 'air-liuq' mengalir. Actually, aku tahu aku boleh je lukis dekat kasut sekolah aku yang lama tapi masih suci and *poof*, it'll turn out kawaii, masalahnya, aku tak reti sangat bab mengaler mewarna ni. "Kkaebsong".
Ahhh. There. Kawaiiness overload XD

#2 Flat Ankle Boots
Everthing started since I read sis Aisyah Hazirah post in her blog. I was just, Ahh!! Nak, nak! And it seems possible sebab masa pergi Champion hari tu, aku jumpa boots ni. Aku dok tenung boots tu lama-lama and mama perasan. Mama tanya "adik nak?". Senyum tersipu malu and aku reply, "ehehehe.". Tapi mama cakap tunggu raya nnti. I was like, "Yehet!". Kalau dapat boots ni pun, confirm aku takkan pakai time raya. Dengan baju kurung then pakai boots tu tak pelik ke? haha.

Design ni macam atau memang sesuai untuk mereka-mereka yang duduk dekat negara 4 musim. Kalau pakai dekat Malaysia agak pelik sebab cuaca panas lembap, pastu tetibe ada lopak air, *splash*. Faham-faham jelah. Tapi kalau jumpa, aku nak beli gak :P

#3 Acoustic Guitar
Haaa. Yang ni aku dah minta lama dekat papa and hari tu pun dah nak pi beli tapi last-last along yang dapat. Sodehh. Tapi, aku dah minta angah tolong belikan XD. Sebenarnya aku belum pandai pun petik gitar ni. Baru nak berjinak-jinak *katanya*, padahal gitar yang along tinggal dekat rumah pun aku tak test.

Maaf, ada unsur minta-meminta dalam post ni. Boleh dikatakan aku ni memang suka minta macam-macam. Tapi, aku akan tengok kewangan family aku juga bukan sesuka hati je minta itu dan ini.

Wait for the next post, bye~

Sunday 9 February 2014

-Pathetic-


Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum w.b.t

Annyeong. Meh aku cerita. Segalanya bermula sejak beberapa hari yang lepas *sigh*. Okay, satu hari tu aku dapat paper exam english bulan lepas bahagian objektif. Guess what? Markah aku teruk. Takdelah teruk gila nak mam***, tak. Tapi kalau ikutkan skor yang aku dapat tu rendah dan tak sepatutnya pun budak kelas first *kononnya* dapat. Dapat paper aku target markah kertas objektif aku 30/40 and above tapi aku tak dapat.

Balik rumah, aku terperap sensorang dalam bilik. Okay, then aku try untuk lupa result aku tu. Buka laptop, tengok variety show segala bagai then, aku start sedih lagi bila dapat tau variety show yang aku minat and follow selama ni dah nak tamat. K, fine. Yang ni 'lol'.

Semalam, masa training taekwondo, aku perasan kasut taekwondo aku dah kopak. Again, sad story. Luckily, semalam training tak lama sangat sebab sir tidur ajar budak lain. Lega memang lega and bila dapat tau ada kelas ganti untuk taekwondo sebab sabtu ni ada sekolah ganti, aku pun "what the?". Okay, habis cerita pasal tu, balik dari training, ajak papa jalan Ayer Hitam.

Lepas zuhur, aku tertidur. Bangun dari tidur, aku rasa nak marah je. Habis semua benda aku baling. Karupin kesayangan aku pun kena baling. (karupin refer to my fav keychain lol). Lepas asar, ayah ajak pergi Ayer Hitam, singgah PISB. Satu bangunan kedai tu aku pusing, "k, takde benda nak cari". Pastu ajak singgah sat beli teddy bear, (niat asalnya nak beli rilakkuma) and then, aku tak ingat kedai yang nak pergi tu dekat mana and last-last terlepas. So, no teddy bear. (p/s: ayer hitam terkenal dgn teddy bear murah2).

Tak dapat pape dari Ayer Hitam, rutin biasa, singgah pekan sat. Selalu target aku beli pergi pasaraya nak beli makanan je, So, aku mintaklah ayah aku macam2. Papa aku bukan jenis yang berkira pasal makanan so, tak kisah. Aku ambik apa yang aku nak. Mula2, nak beli aiskrim oreo, takde. Redha je, cari yoghurt pulak. Brand yang aku selalu beli pulak takde so beli jelah brand lain. T^T.

In conclusion, aku nak bagitau satu fakta yang semua orang dah tau yang hidup ni bukannya bahagia 24 jam. Kalau dah bahagia 24 jam tu, amat digalakkan jumpa psychiatry. Segala ujian yang Allah bagi dalam hidup tu mesti ada hikmahnya cuma lambat atau cepat sampai pada kita.

Btw, maaf kalau entry kali ni agak bersifat kebudak-budakan. XP

Till then, assalamualaikum.

Fangirls Giveaway


Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum w.b.t

Yeah, I'm sure a kpopers XD
Due date: 30 April 2014/99 contestant

Giveaway 2014 by Farah


Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum w.b.t

Due date: 01.04.2014

Monday 3 February 2014

2ND GIVEAWAY BY NABILAMEDAN


Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum w.b.t

Tekan Banner diatas untuk sertai giveaway ini. Giveaway ini mendapat tajaan daripada Hazwan Hairy, Zara Nurhaidah, Akma Khaieri, Emas Putih, Ieta Mad Sa'ad, Nur Shuhada Abdullah, Julia Jamaludin, Amirul Syahnaz dan Blog Eita. Giveaway ini dianjurkan oleh Nabila Medan.
Top Refferal bakal membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM50. Hadiah bagi kategori cabutan bertuah ialah seperti Wang Tunai RM100, Wang Tunai RM20, Bag, Shawl Satin, Shawl Glitter, Novel, Havoc Tshirt, Geek Tshirt, Wolf88 Tshirt, Topup, Kasut, Rantai dan juga Subang. Sebanyak 15 orang pemenang bertuah dicari bagi memenangi hadiah-hadiah tersebut. Giveaway kali ini mencari seramai 16 orang bagi mendapatkan hadiah dalam kategori top refferal dan juga kategori cabutan bertuah.

Due date: 10 Feb 2014

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...